MASA

PENGUMUMAN

PMR
SELESAI
SMU
SELESAI
STAM
SELESAI
SPM
14 November - 14 Disember 2011

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

RUANG SEMBANG

Latest Message: 1 year, 7 months ago
  • Pha_10 : waalaikumsalam
  • addin : assalamualaikum......
  • Pha_10 : Salam..salam syawal wlupun sda hmpir d pnghujung syawal..smpat lgi
  • Akhi Thaqif : selamat hari guru.....walaupun lambat ucap..semoga sambutan y kami laksanakan dapat mngembirakan guru2....
  • man_man : hola..:)
  • lanzo : salam...smua plajar guru2 yg lama dan baru...moga kalian smua dlm kedaan sihat walafiat..hendaknya..
  • merol : Good luck smua plajar...
  • admin : wslm....kabare semua?
  • Mms_Din : assalamualaikum.....
  • admin : wslm....maaf lama tak jenguk web nie...smaim ok bah..

Only registered users are allowed to post

JOM VOTE

Apakah status anda?
 

INFO PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday120
mod_vvisit_counterYesterday87
mod_vvisit_counterThis week207
mod_vvisit_counterLast week715
mod_vvisit_counterThis month3059
mod_vvisit_counterLast month2413
mod_vvisit_counterAll171889

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 54.227.63.195
,
Now is: 2014-07-28 20:27

TETAMU ONLINE

We have 4 guests online

SILA RESPON

Wajarkah pelajar bermasalah diberikan tindakkan?
 
info sekolah
Logo Sekolah Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 17 June 2009 16:54

 Logo sekolah

 

 

COGAN KATA SEKOLAH

 
ILMU, IMAN, TAQWA
 
Ilmu – Pelajar sentiasa peka untuk menimba ilmu apa jua bidang ilmu yang
bermanfaat.
 
Iman – Pelajar yang beriman dan yakin kepada Allah.
 
Taqwa –Pelajar yang taat dan takut hanya kepada Allah.
 
WARNA
 
MERAH, HIJAU DAN MERAH
 
Kuning – Melambangkan pelajar yang bersatupadu dan harmonis agar dapat
bekerjasama dalam semua bidang.
 

Hijau
– Melambangkan pelajar mengutamakan kebersihan dan keindahan
sekolah serta alam sekitar.
 

Merah
- Melambangkan pelajar yang sentiasa tegas dan berani menjalankan
tugas- tugas mereka.
 
LAMBANG
 

REHAL AL-QURAN, BINTANG, SKRU DAN TASBIH.

 
Rehal – Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam al-quran dan bersungguh-sungguh
dalam pelajaran.
 
Bintang – Mendorong pelajar sentiasa berusaha menimba ilmu pengetahuan
 
Skru – Melahirkan pelajar yang aktif, berinovasi dan bersemangat waja.
 
Tasbih – Melambangkan keluruhan budi dan akhlak yang mulia.
 
 
Last Updated on Thursday, 25 November 2010 13:21
 
Visi dan Misi Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 17 June 2009 16:53

VISI

SMA AL-IRSYADIAH KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG TAHUN 2016


MISI

MELONJAKKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

 

SLOGAN

"SMAIM THE BEST"

 

MATLAMAT

1. Melonjakkan Prestasi PMR,SPM dan STAM

2. Meningkatkan penglibatan dan prestasi pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum aktiviti kelab dan persatuan dan permainan serta dalam unit beruniform

3. Meningkatkan kefahaman dam pematuhan pelajar terhadap undang-undang dan peraturan sekolah

4. Meningkatkan kualiti sahsiah, kepemimpinan dan kerohanian pelajar

5. Meningkatkan kualiti dan kecekapan pengurusan fail dan rekod

6. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan selaras keperluan perundangan

7. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelengaraan aset alih kerajaan mengikut keperluan perundangan

8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta komitmen warga sekolah

9. Meningkatkan prestasi kerja staf

10. Memperkukuh identiti dan amalan sebagai sekolah bersih, selamat dan ceria

11. Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak luar untuk membangun pencapaian visi dan misi sekolah

12. Memperkukuh identiti SMKA/SABK sebagai pusat perkembangan syiar Islam

Last Updated on Saturday, 19 November 2011 14:01
 
sejarah sekolah Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 17 June 2009 16:50

SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU adalah nama baru bagi Madrasah Al-Irsyadiah Marakau. Di mana ianya adalah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Sebelum ini sekolah ini hanya dikenali sebagai Madrasah Al-Irsyadiah Marakau Ranau. Sekolah ini ditubuhkan atas dasar rasa kesedaran beberapa orang tokoh agama dan akademik daerah Ranau yang merasakan perlunya wujud sebuah institusi Pendidikan Islam untuk meniupkan roh keislaman benteng survival Islam di dalam masyarakat pada 01 April 1992.

Sekolah ini terletak 5 kilometer dari pekan Ranau dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Marakau (2km) Sekolah Menegah Kebangsaan Mat Salleh Ranau. (5km). SMA Al-Irsyadiah marakau adalah sebuah sekolah menengah agama yang menitik beratkan pendidikan agama dan akademik. Secara umumnya sekolah ini adalah serupa dengan sekolah menengah Toh Puan Hajah Rahmah Kota-Kinabalu tetapi yang membezakannya hanyalah satu iaitu SMA Toh Puan Hajah Rahmah adalah sekolah agama di bawah kerajaan negeri manakala SMA Al-Irsyadiah adalah sekolah agama di bawah kerajaan persekutuan.

Pelajar - pelajar di sekolah ini mengambil peperiksaan PMR bagi tingkatan 3, SMU bagi tingkatan 4, SPM bagi Tingkatan 5 dan STAM bagi tingkatan 6 rendah. Sekolah ini mempunyai pelajar yang terdiri dari tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 bawah sahaja. Bagi pelajar yang ingin menyambung ke tingkatan 6 atas pelajar-pelajar tersebut bolehlah menyambung ke tingkatan enam atas di mana-mana sekolah agama yang terdapat di Malaysia.

Pada mulanya tokoh-tokoh telah bermesyuarat pada 16 April 1992 dan hasilnya tertubuh sebuah madrasah yang didasarkan dengan sistem pondok di atas sebidang tanah seluas 1 ekar yang telah diwakafkan oleh En. Kibin Rasiman. Di atas tanah ini didirikan satu unit rumah dua tingkat dan dijadikan bilik darjah dan sebuah surau. Pada bulan September 1992 pembinaan bangunan baru dengan perbelanjaan sebanyak RM 300,000.00 dilaksanakan dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid Bin Othman.

Bermula dari tarikh tersebut SMA Al-Irsyadiah ini terus beroperasi sehingga kini dengan kemampuan yang sangat terbatas sama ada sudut pengurusan, kewangan, tenaga pengajar dan juga kemudahan prasarana. Kekurangan-kekurangan ini yang membataskan peningkatan SMA Al-Irsyadiah sebagai pusat pengajian yang mampu melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang diharapkan untuk menggerakkan perkembangan dakwah Islamiah khususnya di daerah Ranau ini.

Kekangan-kekangan ini yang mendorong supaya satu alternatif yang terancang dilakukan bagi meningkatkan kemampuan SMA Al-Irsyadiah sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang boleh bersaing dengan institusi pengajian lain yang sudah “ establish ”.

Bagaimanapun ada juga pihak-pihak tertentu di daerah ini yang sudah melakukan pegorbanan yang bukan sedikit bagi memastikan madrasah ini terus dibangunkan dan dimajukan. Ini termasuklah Tan Sri Kasitah Gaddam, Datuk Hj. Masidi Manjun dan beberapa pihak lain yang telah menyumbangkan pelbagi bentuk sokongan dan bantuan kepada SMA Al-Irsyadiah Marakau.


Last Updated on Thursday, 18 June 2009 00:50
 
info sekilas pandang Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 17 June 2009 16:48
Sekolah SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU  adalah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan atau lebih dikenali dengan SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Terletak di kampung Marakau Ranau, iaitu kira-kira 5Km dari pekan Ranau 7Km dari PPD Ranau dan kira-kira 124km dari Kota Kinabalu.
 

Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau Ranau (SMAIM) adalah sebuah sekolah harian biasa ketogeri luar bandar. Sekolah ini diterajui oleh Ustaz Kasminin Bin Hamzah selaku pengetua sekolah yang dibantu oleh Puan Haslinda Binti Abdullah selaku Penolong kanan 1 dan dibantu bersama oleh Ustaz Mohd. Jamil Bin Sainan selaku Penolong Hal Ehwal Murid dan ust Mohd Salleh Somoh sebagai Pk kokum. Jumlah tenaga pengajar di sekolah ini ialah seramai 19 orang dan staf sokongan pula seramai 3 orang.
 

Sekolah ini beroperasi untuk sesi pagi sahaja. Bilangan pelajar di sekolah ini ialah 140 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6. Kebanyakan pelajar yang belajar di sekolah ini datangnya dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Semua pelajar di sekolah ini beragama Islam dan pelajar sekolah ini terdiri daripda pelajar Melayu, Dusun, Bajau, Bisaya dan bumiputera Sabah.
 

Sekolah gred A ini mempunyai 2 blok induk. 1 blok bilik darjah dan 1 blok lagi adalah bangunan pentadbiran, surau, bilik guru, bilik SBPT dan bilik stor. Blok pertama terdiri daripada 6 buah bilik iaitu untuk tingktan 1 hingga 6. Sekolah ini adalah sebuah sekolah SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).
 
Last Updated on Friday, 03 July 2009 22:40